Thursday, September 10, 2009

Animated Header : Flash VS GIF

Baru-baru ni SHOP4BLOG telah menghasilkan animated header untuk DIETJUSMATE5.com & downline... header kali ini dibuat dalam menggunakan format SWF (Small Web Format)...

Secara personally, saya memang lagi sukakan SWF kerana grafiknya akan kelihatan lebih smooth berbanding banner animasi yang menggunakan format GIF (Graphics Interchange Format). Kalau anda perasan, banyak banner-banner animasi GIF yang digunakan untuk mengiklankan produk akan terdapat bintik-bintik pada gambar, terutamanya jika melibatkan gambar objek seperti manusia. Ini adalah kerana format GIF hanya dapat menampung maksima 256 warna sahaja. Maka semua gambar objek yang warna-warni akan menjadi kurang warna & kurang cantik. Bagi logo atau tulisan pula, selalunya memang tiada masalah kerana hanya mempunyai beberapa warna.

Kebiasaannya, format SWF mempunyai saiz yang agak besar & format GIF mempunyai saiz yang kecil, oleh itu, ramai yang memilih menggunakan format GIF untuk mini-mini banner animasi. Meletakkan format GIF di web juga amat mudah berbanding meletakkan dengan menggunakan format SWF kerana SWF akan menggunakan coding-coding HTML yang kadangkala perlu disesuaikan dengan template-template blogger sedia ada sebelum ia dapat dipaparkan dengan baik.

Inilah contoh header animasi yang menggunakan format SWF.... banner yang menggunakan format GIF pula boleh dilihat di sebelah kiri blog ini, di bawah seksyen My Clients - Mini Banner...












Biasalah kan, setiap perkara ada pro & kontranya. Terpulang kepada masing-masing untuk membuat pilihan...

Sehingga jumpa lagi...daaaaa

1 comments:

Duke said...

apa yg boleh dikatakan lagi? tiada apa..kecuali hebat hebat hebat... sbb apa? sbb tolong promo..hahah.. tp.. dgn penolongan ni.. sme2 mngaut keuntungan kan.. so x jd masalah...
rerajin la promo diri di web saya k .. bru la ramai dtg ..huhu

Post a Comment