Saturday, September 5, 2009

Pakej Hosting



Pakej Hosting? Apa tu? Bagi yang kurang familiar dengan nama hosting ni, hosting ni ibarat PC kita yang kita gunakan untuk letakkan fail-fail web/gambar & apa-apa sahaja. Cuma bezanya, kalau kita letak fail-fail kat PC kita, kita saja boleh tengok kan? Jadi nak bagi semua orang tengok fail-fail web/gambar atau apa saja, kita kena letakkan di hosting luar.

Ada laman web yang menawarkan hosting free, contohnya di www.webs.com. Saya pon dah cuba buat 1 web di http://kuizikel.webs.com/. Memang mudah, pakai wizard jek, tak perlu tahu html.

Kalau ada yang free, buat ape nak beli?

Hosting free selalunya saiz yang dibenarkan untuk fail-fail adalah terhad. Selalunya juga pihak pemberi hosting free akan meletakkan iklan-iklan mereka di web/blog anda.

Bagi yang inginkan lebih fleksibel dalam membuat web/blog, anda boleh menyewa hosting. Contohnya seperti Pakej Hosting yang saya tawarkan ini. Harga yang ditawarkan oleh syarikat hosting biasanya berbeza mengikut saiz fail yang boleh kita letak & bandwidth. Untuk SHOP4BLOG, saiz storan fail-fail anda 1GB & 10GB bandwidth sebulan. Sekiranya keperluan ini tidak mencukupi, anda boleh upgrade di kemudian hari.

Kelebihan Pakej Hosting ini bagi yang turut membeli Pakej Domain Name, anda boleh membuat UNLIMITED subdomain & UNLIMITED e-mel akaun. Ini adalah sesuai untuk mereka yang gemar membuat bisnes berunsurkan DOWNLINE.

Anda tahu membuat blog menggunakan blogspot, tapi sering tercari-cari nama untuk setiap downline anda & nama tersebut selalunye panjang & perlu menggunakan .blogspot.com.

Saya berikan contoh pelanggan SHOP4BLOG yang telah menggunakan Pakej Hosting & Pakej Domain Name.

Alamat website/blog : http://www.dietmate5.my. Sekiranya anda hanya membeli Pakej Domain Name, anda hanya boleh gunakan alamat tersebut untuk 1 web/blog sahaja.. Tetapi dengan membeli Pakej Hosting, anda boleh membuat website/blog UNLIMITED untuk downline bisnes anda, contohnya :

http://farah.dietmate5.my
http://farah.dietmate5.my
http://kaizer.dietmate5.my


Tapi jangan salah anggap pula, blog-blog downline dapat dibuat secara auto. Anda perlu juga membuat blog menggunakan blogspot, tapi alamat blog tersebut akan ditukarkan ke nama yang UNIK. Ini pastinya menjadikan salah 1 tarikan kepada mereka yang ingin mendaftar di bawah anda. Jadi ahli & dapatkan blog percuma kan? :D

Dengan mempunyai hosting & domain name sendiri, anda juga boleh memasang perisian wordpress yang lebih fleksibel dari segi pengubahsuaian berbanding bloggger. Beli VS Percuma kan? Tentu banyak kelebihannya :)

Bagi yang ingin membina blog-blog downline secara auto tanpa perlu bersusah payah buat blog satu-satu, SHOP4BLOG sedang dalam proses menyediakan perkhidmatan tersebut. Juga pakej blog menggunakan WORDPRESS & AUTORESPONDER sistem akan dilancarkan tidak lama lagi.

Jadi tunggu.....

Sehingga jumpa lagi.

Selamat Berbuka Puasa

0 comments:

Post a Comment